Tuesday, June 22, 2010

YA ALLAH...
JIKA AKU DITAKDIRKAN JATUH CINTA...
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG...
YANG MELABUHKAN CINTANYA..PADA MU..

AMIN...

Monday, June 7, 2010

Biodata ini saya search dalam internet...untuk santapan para sahabat-sahabat sekalian

Biodata Nabi Muhammad SAW

“MAULID AL-RASUL SAW”
Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Friday, June 4, 2010

assalamualaikum...adakah sahabat-sahabat tahu..apakah yang dimaksudkan dengan istiqamah?takrifan ini saya seacrh dalam internet...ini untuk pengetahuan saya...dan sahabat-sahabat.... boleh la...kita..sama-sama tahu...ok?

Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam akidah dan konsisten
dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda
Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, " Aku
telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam
sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi
menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian
beristiqamahlah' ." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan
dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan
hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal
walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun
dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan
maksiat.

Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian
mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah
kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah
kepadamu'" ( Fusshilat: 30)

perkara-perkara juga insyaallah membantu kita terus istiqamah di jalanNYA...

1. Niat. pasang niat hidup untuk apa dan kerana apa. Apa matlamat utama dan tujuan anda ada didunia. Kenal Pencipta yang menjadikan kita. Tanam azam dan niat bahawa hidup diri didunia ini demi keredhaanNYA.

2. Kurangkan menonton televisyen dan melihat perkara yang tidak ada manfaat atau keperluan kebaikan. Boleh menonton sekiranya disiarkan rancangan yang memberi manfaat seperti Usrah, Al-Hidayah, Halaqah dan pelbagai rancangan dan siaran yang mendekatkan diri kepada penghayatan ilmuNYA. Tidak perlu menonton jika tiada rancangan yang bermanfaat kerana untuk meningkatkan ketaqwaan, anggota yang paling penting untuk dijaga mata dan hati memainkan peranan penting dalam memandu manusia menuju arus kehidupan. Jika perkara yang baik dan diredhai ALLAH yang dilihat INSYAALLAH fikiran akan selalu mengingatkan pada Pencipta, sebaliknya apabila selalu melihat kepada perkara yang diharamkan dan dilaknat sudah pasti nafsu akan turut mengundang kearah tidak baik lantas menyebabkan hati tertutup tidak dapat melihatkan kepada kebenaran.

3. Pemakanan. Makanan adalah aspek utama dalam membolehkan seseorang menjalani ibadah dan mendekatkan diri kepadaNYA. Bayangkan apa akan terjadi jika darah dicemari dari sumber makanan yang halal. Apa pun yang hendak kita makan, walaupun diberi jaminan halal makanan tersebut, penting untuk kita kaji daripada mana ianya diperolehi. Contoh makanan; makanan segera, ayam yang tidak pasti bagaimana peliharaan dan proses penyembelihannya.. semua itu perlu diambil kira tentang kesuciannya.

4. Rajin menghadiri majlis agama dan mendapatkan ilmu. sentiasa mencari peluang untuk mengikuti kelas-kelas agama atau ceramah berunsurkan akidah, tauhid, sirah dan fiqah. mencari buku yang berasaskan konsep yang sebenar. Tetapi sebagai iktibar bersama, berhati-hati dalam pemilihan buku-buku yang dijual dipasaran terdapat juga unsur penipuan dan keraguan. Oleh sentiasa rujuk kepada ustaz dan ustazah yang arif dalam bidang tertentu.

5. Mencari rakan dalam aliran keagamaan. sebaik-baik teman adalah yang membimbing kearah keredhaanNYA. Ada pepatah yang mengatakan juga 'kawan anda adalah penentu kepada siapa diri anda'. Bagi ana, pepatah ini boleh diterangkan dalam skop yang luas tetapi kalau difikirkan ada benar, tidak bermakna anda tidak boleh berkawan kepada yang biasa-biasa tapi harus pandai memilih kawan atau rakan yang boleh merubah anda kepada yang lebih positif dari sudut akhlak dan kehidupan saudari. Carilah teman yang akrab dengan pencipta, rakan yang hatinya sentiasa tertarik kepada kerja-kerja dan berkaitan islam.. biasakan diri saudari dengan mereka.. InsyaALLAH saudari akan merasai diri semakin dekat mengenal ALLAH dan secara langsung meningkatkan ketaqwaan.

6. Terima ujian dan cabaran hidup ini dengan redha dan tawakal. Sabar dalam setiap ujian yang diberikanNYA. Ketahuilah bahawa ujian yang didatangkan kepada diri kamu adalah tanda kasih ALLAH kepada hambaNYA, kenapa masih ramai lagi yang bersenang-senang dan melalui kehidupan dengan gembira sedang anda diberi kesusahan, ujian mesti ada sebab dan hikmahnya.. ikhlaskan dirimu saudari dalam menerima kurniaan tersebut. Sentiasa bersangka baik kepada ALLAH, kerana semua yang dirancang dan ditentukanNya, hanya DIA mengetahui apa yang terbaik buat hamba dan makhluk ciptaanNYA.

7. Memohon doa dan restu ibu bapa. Doa ibu bapa adalah aspek penting dalam diri anak-anak untuk memperoleh kejayaan kerana berkat doa ibubapa jugalah..anak-anak mampu menjadi insan yang berguna. Buat diri yang kadangkala terlupa juga, apakah kebajikan kita terhadap ibubapa dijaga,? apalah gunanya jika kita sibuk nak mencari keredhaan ALLAH, tetapi ibubapa terbiar, selalu disakiti dan tidak dihiraukan.. Harap dijauhkan. Allah telah menjelaskan dalam AL-Quraan dimana keredhaanNYA kepada seseorang hamba terletak atas keredhaan kedua orang tua mereka. Selagi tidak melanggar hukum ALLAH, kita wajib mentaati dan menyenangkan hati ibu dan bapa. Mohon sentiasa doa kita disamapai untuk mereka kerana banyak jasa yang telah dilakukan sepanjang membesarkan kita. Tak mungkin terbalas walau dengan apapun yang diberikan.

8. Muhasabah apa yang dilalui sepanjang hari. Sentiasa merenung kembali apa yang dilakukan dalam menjalani kehidupan seharian. cuba bertanya kepada diri, mencari apa kekurangan yang perlu diperbaiki, cukupkah amalan yang dilakukan, solat, mengaji, pesanan dan renungan juga untuk diri, dimana letaknya diri kita.. apakah kita telah melaksanakan suruhannya dengan sebaiknya... dekatkanlah dirimu dengan Al-Quraan kerana Al-Quraan yang panduan terbaik dalam kehidupan. Yakin dan berpeganglah padanya.

9. Minta pandangan dan pendapat orang lain. rajin bertanya pendapat dari ustaz atau ustazah, minta nasihat daripada mereka apa sahaja yang saudari perlu dalam mendekatkan diri kepadaNYA. sebaik-baiknya cari guru yang boleh membimbing saudari dan menegur kesilapan dan kelemahan diri, bukan untuk merungkai kelemahan diri tetapi untuk menjadikan diri yang terbaik daripada yang baik.

10. Sentiasa mohon padaNYA. Menangis dan bermunajatlah saudari di sepertiga malam. InsyaALLAH, dalam suasana yang sepi kamu akan menemui ketenangan dan mampu menitiskan airmatamu kepadaNYA. Mintalah pada DIA... Kerana ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu, bergantung dan berharap. Yakin akan janjinya dalam Al-Quraan